Friday, 1 April 2011

april fool's day?

assalamualaikum wbt

Ada Apa Dengan April Fool's Day?

Sepanyol, tempat dimana majoriti rakyatnya hidup berlandaskan Islam. Baik yang Muslim atau bukan. Mereka bukan seja hanya membaca Al-Quran, malah mempraktikkan apa yang disebut dalam Al-Quran. Mereka menolak segala bahan yang mabuk dan mengkhayalkan, dan bila mereka membaca tentang hijab, mereka mempraktikkan sebetulnya, bukanlah seperti kita sekarang.

Kristian selalu mencuba untuk menghalau Islam dari terus berkembang di Sepanyol, dan hanyalah kegagalan yang mereka bawa pulang. Dan suatu hari, pihak kristian menghantar " spy " untuk kononnya mempelajari Islam, dan akhirnya mereka mengetahui bahawa kekuatan kaum Muslim adalah TAQWA.
Maka, strategi dirancang oleh Kristian demi menghalang Islam dari terus berkembang.


Mereka mula melancarkan serangan secara halus untuk melemahkan kaum Muslim dengan mengirimkan bahan-bahan yang memabuk dan mengkhayalkan secara percuma. Ternyata strategi pihak Kristian berjaya melemahkan keyakinan umat Islam, terutama kaum mudanya. Dan hasil dari usaha ini adalah jatuhnya Sepanyol dari kekuasaan Islam dan mengakhiri penguasaan Islam di Sepanyol selama 8 ratus tahun.

Wilayah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan Kristian adalah Ghornata ( Granada ), pada April 1st.

Disebalik perayaan April Fool ini, sangat dipercayai bahawa, ianya mula-mula diraikan pada saat kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Ghornata, Empayar Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung didalam rumah untuk menyelamatkan diri. Kristian berasa teda puas hati selagi saki baki penduduk Islam tersebut teda dihapuskan. Maka sekali lagi muslihat jahat Kristian dirancang.

Mereka ( penduduk Muslim ) diberitahu, mereka dibolehkan keluar dari Sepanyol dengan barang-barang keperluan mereka dengan menaiki kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Islam tadi khuatir dan curiga dengan tawaran pihak Kristian tersebut, dikhuatirkan tawaran tersebut merupakan satu PENIPUAN pihak Kristian. Mereka kemudian ke pelabuhan untuk melihat adakah benar ada kapal berlabuh. Dan setelah dilihat memang benar ada kapal yang berlabuh, mereka pulang dan bersiap mengemas.

Keesokan paginya ( April 1st ), mereka pun bersiap untuk berangkat ke pelabuhan. Pada saat itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Malah mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang penduduk-penduduk Islam tersebut dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan malah anak-anak kecil juga  dibunuh tanpa belas kasihan.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian. Perayaan ini akhirnya diraikan setiap tahun, bukan seja di Sepanyol, malah diseluruh dunia sebagai  
" April Fool's Day "

Mengapa April Fool diperingati dengan cara berbohong kepada orang lain?
Kerana memang peristiwa berdarah itu dilaksanakan dengan cara BERBOHONG. Mereka membohongi umat Islam supaya keluar dari tempat persembunyian dan dibunuh secara beramai-ramai tanpa belas kasihan.

Sejak saat itu, mereka meraikan hari kejatuhan empayar Islam di Sepanyol sebagai Hari Kebodohan umat Islam dimana pada hari tersebut, umat Islam dipermalukan oleh pihak Kristian yang sekarang diraikan sebagai " April Fool's Day ". Lalu, kenapa kita mesti meraikan hari kebodohan kita sendiri? 
Hari kejatuhan kita? 
Jawapannya adalah atas dasar " ketidakambilpedulian " kita!
 Tiada satu orang pun dari kalangan kita yang mengetahui hal ini.

Pada hari tersebut, kaum Islam di Sepanyol dijanjikan akan diberi kebebasan untuk meninggalkan bumi Sepanyol secara hidup-hidup, dengan syarat teda sebarang senjata dibawa. Ternyata, setelah semuanya berkumpul, mereka dibunuh secara keji tanpa ada kesempatan untuk membeladiri. 
Inilah mengapa tarikh April 1st. diperingati Kristian sebagai Hari Kebodohan Umat Islam

Tahukah kamurang, berapa banyak dikalangan kita mengetahui sejarah pahit yang menimpa umat Islam disebalik perayaan " April Fool " ini?

Paling menyedihkan, orang-orang Islam pun turut memperingati " April Fool's Day " tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan Ulang Tahun Pembunuhan Beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri!


okay,now korang baru taw kan? seriously previously i didnt know about this
what da heck mann,i urged to muslims out there,don't ever celebrate this shit day again
i mean,c'mon walopun korang kate saje nak suka2 kena kan member ke apa,
tapi,we as muslims must realize that this is about our religion
damn.same goes to Valentine's Day.
i hope i can help for those who are eager to know about what does April Fool's mean
senang cite Hari Memperbodohkan/Kebodohan Umat Islam :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...